Saturday, November 7, 2009

~~renungan~~

Jika kamu memancing ikan....
setelahikan itu terlekat dimata kail hendaklahkamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekalikamu lepaskan ia semula ke dalam airbegitu sahaja....
kerana ia akan sakitoleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi iamasih hidup.
Begitulah juga setelah kamumemberi banyak pengharapan kepadaseseorang...
setelah ia mulamenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplahsekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamupasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cubamencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan Kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

No comments:

Post a Comment