Monday, November 16, 2009

~cinta dan mencintai~

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya? ? Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, "Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ". Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko. Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, "bagus juga disayangi macam ni….." , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata "Boleh ke aku hidup dengan dia??" , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam "list" pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah , ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta..."Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri "….

No comments:

Post a Comment