Monday, November 16, 2009

~doa buat kekasih~







Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan. Ya Allah…Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang kekasih. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.Ya Allah…Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah diri ini yang termangu-mangu mencari kesilapan diri. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya. Ya Allah…Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah kekasihku.Ya Allah…Ampunilah daku dan kekasihku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.Ya Allah…Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.Ya Allah…Lindunglah kekasihku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.Ya Allah…Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.Ya Allah…Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. Ya Allah…Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku. Ya Allah…Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.Ya Allah…Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.Ya Allah…Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.Ya Allah…Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

~cinta dan mencintai~

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya? ? Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, "Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ". Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko. Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, "bagus juga disayangi macam ni….." , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata "Boleh ke aku hidup dengan dia??" , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula…Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam "list" pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah , ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan cinta..."Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri "….

Tuesday, November 10, 2009

~Petua mengetahui cinta pasangan hidup ~

Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan," Atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus," serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahu pun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurang an di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

~putus sudah kasih syg~





Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu saat hubungan kasih dan sayang terputus di tengah jalan. Ditambah pula dengan permintaan dari si dia, bukannya kehendak kita sendiri. Pasti berbagai-bagai persoalan bermain di minda.. Jahatkah aku? Burukkah aku? Tidak cukup sempurna kah aku? Semua itu pasti bermain di fikiran kita. Bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Itu tidak dapt dinafikan. Sesungguhnya hanya orang yang benar-benar mengalami liku ini akan merasa sakitnya ditinggalkan. . Tetapi mungkin dalam aspek yang lain, orang yang meninggalkan juga merasa sakitnya tanpa kita sedari.. Bukan senang untuk mencipta suatu hubungan yang mampu bertahan lama. Lebih perit lagi bila Cinta Pertama tidak seindah yang dibayangkan. Di kala ini, pasti akan terjadi sesuatu yang buruk sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat..







Walaupun perit untuk menerima hakikat, tetapi itulah yang perlu dilakukan bila kasih terputus di tengah jalan. Hidup harus diteruskan tanpa insan istimewa di sisi. Kita semua harus sedar bahawa sekiranya kita kehilangan cinta, jangan sesekali memikirkan bahawa kita tidak mempunyai sesiapa lagi.. Sesungguhnya, anda harus lebih menghargai orang sekeliling anda yang sentiasa menyayangi anda.. Di sini saya maksudkan ialah keluarga dan kawan-kawan. Percayalah, bahawasanya biarpun seperit mana kecewa yang kita alami, perit lagi mereka yang menyayangi kita melihat kita sengsara.. Kita juga harus sedar bahawa Allah mencipta ujian buat kita kerana Dia telah mencipta sesuatu yang lebih baik untuk kita.. Usah dibiarkan perasaan
benci dan dendam menyelubungi hidup kita. Saya percaya, dalam pelbagai ragam manusia, pasti ada yang menaruh dendam terutamanya lelaki apabila kekasihnya meninggalkannya. Di sini mulalah perasaaan sayang bertukar menjadi benci sehingga sanggup menjatuhkan maruah bekas kekasihnya.. Perlukah ini semua berlaku? Kenapa harus ada dendam? Sesungguhnya kita semua harus percaya dengan Qadak dan Qadar. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan menyalahkan diri sendiri apabila kasih sudah terputus dan jangan sesekali berfikiran positif.. Sebaiknya, ambil langkah untuk memperbaiki diri dan percayalah, ada cinta dan insan yang lebih baik menanti anda.. Usah terus kesal dengan hubungan yang terputus, tetapi redhalah dengan setiap yang berlaku..

Saturday, November 7, 2009

~~renungan~~

Jika kamu memancing ikan....
setelahikan itu terlekat dimata kail hendaklahkamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekalikamu lepaskan ia semula ke dalam airbegitu sahaja....
kerana ia akan sakitoleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi iamasih hidup.
Begitulah juga setelah kamumemberi banyak pengharapan kepadaseseorang...
setelah ia mulamenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplahsekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamupasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cubamencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan Kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Monday, November 2, 2009

salam


salam... lamer gla x menconteng2 kat blog nih..

dlu igt nk delete ajer blog nih...

tp syg plk rsanya...


birthday aku da dkt..

klu org len mesti sonok sbb dpt "adiah"

tp aku x pernah lg sambut ari jadi...

hrmm nvm biarkan ajer sume tuh..

xder aper... rasanya mende nih leh jadi memori aku..

bila da tua nnti leh teringat sorg2... birthday aku x pernah sambut =.=

sakit aku da mkin menjadi2 :D
tp lantak la.. malas aku nk amek kesah da.. bosan toi... ubat saner.. ubat sini..

haha teruk toi jd persakit nih...
hrmm 2 minggu lepas aku ada msk tour dota... kat seri iskandar..
besh gak.. dpt tempat ke-4...
kalah ngan johan tour tuh..
x sangka dak u pown joint :D
kami kalah sbb da lewat mlm sgt..
kul 1pg..
ngantuk gler time tuh..
haha... tp da kalah nk kater aper yer x?? :D
tp time kat seri iskandar teringat lg aku time kecik2..
sekolah lame aku...
sayu ajer rasa...
teringat arwah...
teringat zairul..
teringat faizal..
teringat safuan
teringat fazuan
teringat farisizuan
sedihnya... rasa nk ajer undur masa..best sgt2 time kecil2 dlu..
waktu yg amat gembira...
aku x pernah sehappy tuh..
tp sume da lepas...
cukup sonok bila kenang blk..
dan cukup sedih bila diigt2kan..
sbb bende 2 xkan terjadi lg..
sumer da berpecah2...
ada yg da meninggal...
ada yg da lose contact...
psl zairul.. baru2 nih aku jumper dia..
jln2 ngan dia nek kete g teluk intan...
besh!!!
tp x sangka time blk tuh kami xsiden..
aku yg bawak kete tuh...
aku pown lupa aper jd..
yg aku tau tgn kiri aku patah...
zairul xsedar diri..
tp betina tuh dtg kat kami then dia cakap cam nih
"aku nk ko ganti blk kete aku"
aku sound dia blk..
ko nih rabun ker bodoh??
da ko langgar kami then ko mintak ganti rugi...
ko tgk kwn aku tuh,,,
klu dia mati.. aku plk yg bunuh ko..(time tuh aku nekad sgt2)
sian zairul koma 2 hari..
aku ada something nk cakap kat org 2
tp aku xtau nk mulakan..
klu aku tunggu sampai bila nk citer kan?
toi x?...
aku... xsuka disygi....
tp slalu menyayangi org..
org yg aku syg.. akan aku igt sampai mati..
klu org yg da mati tuh aku akan kenang sampai bila2....
tp in case aku skrg aku yg nk mati da :
tp aku xnak saper2 igtkan aku....
aku nk sumer org lupakan aku...
skrg aku da rasa sumer org da lupakan aku...
aku keseorangan...